RAHSIA KULIT
SIHAT BERSERI
BILA wanita
sudah berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal,
pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga
kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh
abad.
Menjaga
kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan dalam ISLAM.
Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah
dilarang kerana hukumnya haram.
Kebanyakan
wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan
rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan
impian mendapatkan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk
makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.
Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.
Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.
Apabila usia
semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel
fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan,
berjeragat, kusam dan kurang bermaya. Ini ditambah faktor alam sekitar seperti
debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan
bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta
wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen
dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit.
Apakah Kebaikan Kolagen?
Kolagen
bagus untuk kulit . Ianya membantu mengembalikan keremajaan kulit dan
seterusnya mencantikan kulit . Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung
dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama
wanita pada masa kini. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan
kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan,
memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Kolagen
merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih
kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada
kolagen.