Tuesday 17 April 2012



BERURUT UNTUK KESIHATAN

Berurut boleh melegakan otot-otot yang ketat, lenguh dan sakit. Berurut untuk kesihatan ini telah diamalkan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis cara dan alat serta ramuan yang digunakan untuk mengurut yang masih diamalkan oleh pelbagai bangsa dan kaum sehingga sekarang.

Dengan peredaran masa dan kecanggihan teknologi, pelbagai cara mengurut telah dipermodenkan seperti spa, refleksologi, aromaterapi dan lain-lain yang semakin popular sekarang ini dan sesetengahnya ekslusif untuk orang-orang berada sahaja kerana harganya yang terlalu mahal. Bagi orang yang kurang berada, eloklah belajar sendiri mengurut untuk ahli keluarga dan diri sendiri. Yang istimewanya sekarang ini kita boleh memilih jenis urutan yang sesuai dengan badan masing-masing kerana teknik dan cara-cara mengurut bukan lagi rahsia seperti zaman-zaman dulu.

Terdapat pelbagai jenis urutan antaranya urut tradisional, urut aromaterapi, urut selepas bersalin dan banyak lagi. Dengan berurut, perjalanan darah kita akan bertambah lancar dan ini dapat meningkatkan kesihatan dalaman kita.


Kebanyakan wanita diluar sana akan berurut sejurus selepas bersalin, ini kerana selepas kelahiran, banyak urat2 ibu yang bengkak dan badan ibu lemah. Dengan berurut ini dapat memperbetulkan urat dan melancarkan pengaliran darah dan apabila pengaliran darah semakin lancar, badan ibu akn kembali segar dan bertambah sihat. Berurut juga dapat menghilang kn angin dalam badan.

Sebagai wanita, kte perlu sentiasa berurut walaupun selepas habis berpantang, ini adalah kerana untuk menyihatkan tubuh badan. Berurut turut dapat menghilangkan stress sekiranya kita mengalami tekanan berkerja atau pun masalah lain. Sekurang2 nya berurut skali dalam sebulan pun sudah mengcukupi.

Ayuh la kita berurut untuk mempertingkatkan kesihatan kita....

No comments:

Post a Comment