Tuesday 17 April 2012



BERURUT UNTUK KESIHATAN

Berurut boleh melegakan otot-otot yang ketat, lenguh dan sakit. Berurut untuk kesihatan ini telah diamalkan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis cara dan alat serta ramuan yang digunakan untuk mengurut yang masih diamalkan oleh pelbagai bangsa dan kaum sehingga sekarang.

Dengan peredaran masa dan kecanggihan teknologi, pelbagai cara mengurut telah dipermodenkan seperti spa, refleksologi, aromaterapi dan lain-lain yang semakin popular sekarang ini dan sesetengahnya ekslusif untuk orang-orang berada sahaja kerana harganya yang terlalu mahal. Bagi orang yang kurang berada, eloklah belajar sendiri mengurut untuk ahli keluarga dan diri sendiri. Yang istimewanya sekarang ini kita boleh memilih jenis urutan yang sesuai dengan badan masing-masing kerana teknik dan cara-cara mengurut bukan lagi rahsia seperti zaman-zaman dulu.

Terdapat pelbagai jenis urutan antaranya urut tradisional, urut aromaterapi, urut selepas bersalin dan banyak lagi. Dengan berurut, perjalanan darah kita akan bertambah lancar dan ini dapat meningkatkan kesihatan dalaman kita.


Kebanyakan wanita diluar sana akan berurut sejurus selepas bersalin, ini kerana selepas kelahiran, banyak urat2 ibu yang bengkak dan badan ibu lemah. Dengan berurut ini dapat memperbetulkan urat dan melancarkan pengaliran darah dan apabila pengaliran darah semakin lancar, badan ibu akn kembali segar dan bertambah sihat. Berurut juga dapat menghilang kn angin dalam badan.

Sebagai wanita, kte perlu sentiasa berurut walaupun selepas habis berpantang, ini adalah kerana untuk menyihatkan tubuh badan. Berurut turut dapat menghilangkan stress sekiranya kita mengalami tekanan berkerja atau pun masalah lain. Sekurang2 nya berurut skali dalam sebulan pun sudah mengcukupi.

Ayuh la kita berurut untuk mempertingkatkan kesihatan kita....

Monday 16 April 2012


Kenapa perlu facial?

Jika anda ingin memiliki kulit yang cantik dan kelihatan muda, anda perlu mendapatkan rawatan facial muka di butik-butik kecantikan yang diiktiraf. Sekurang-kurangnya setiap 4-6 minggu ataupun 4 kali dalam setahun. Facial perlu kerana ianya adalah rawatan deep cleansing / rawatan sempurna bagi kulit anda. Penjagaan sendiri dirumah, penggunaan produk-produk kecantikan sahaja tidak mencukupi bagi mendapatkan kulit yang cantik. Makanlah makanan yang berkhasiat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ulam-ulam. Minum air yang mencukupi setiap hari. Jangan lupa memakai uv protection/day cream/moisturiser/foundation pada kulit wajah bagi melindungi kulit dari anasir-anasir yang tidak baik yang boleh merosakkan pertumbuhan kulit anda.

Saturday 14 April 2012

Apa itu CANTIK?

 

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Rozita Che Wan yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'? Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing. Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula. Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat. Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya. Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better. Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh. Sungguh berbeza kan? 

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita. Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya. Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan. 

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam. Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik. Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia. Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

Ayat-ayat Puitis tentang cantik.

Dengan kecantikanmu
Engkau lebih elok drpd matahari
Dengan Akhlakmu
Engkau lbh wangi drpd haruman
Dengan rendah hatimu
Engkau lbh tinggi drpd rembulan
Dengan kelembutanmu
Engkau lebih halus drpd rintik hujan

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Mata Yg Indah, Melainkan Ia Yg Selalu Menjaga Pandangan Matanya...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Senyum Yg Menawan, Melainkan Ia Selalu Tersenyum Kerana Ibadah...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Bibir Terindah, Melainkan Ia Yg Memiliki Bibir Untuk Selalu Berdzikir...

Cantik Itu ..
Bukan Karena Ia Yg Selalu Menggunakan Make Up Yg Mahal Di Wajahnya, Melainkan Ia Yg Selalu Membasuh Wajahnya Dengan Air Wudhu.

Cantik Itu..
Bukan Ia Yg Memiliki Tubuh Yg Indah, Melainkan Ia Yg Selalu Menghijab Tubuhnya Dengan Pakaian-Pakaian Santun...

Cantik Itu ..
Bukan Karena ia Selalu Menolong, Melainkan Yg memiliki ketulusan Setiap ia Menolong...

Cantik Itu ..
Ada Pada Hatimu Yg Tercantik..
Karena Kecantikan Hatimu Akan Memancarkan Cahaya Di Wajahmu ...

Jadikanlah Hatimu Lebih Cantik Dari Wajah Mu...